-L@Y@N-

Bunkface - Situasi

Powered by mediafiremp3.com

Tuesday 26 March 2013

"Malaysia vs Palestin"




Hidup Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan Yg. Bhg. Sdra. Hamizi Bin Mat Juah


"Program Kenali Jiran Kita Peringkat Kebangsaan"






Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan Yg. Bhg. Sdr. Hamizi Bin Mat Juah dan Setiausaha Majlis Belia Wilayah Persekutuan Yg. Bhg. Sdri. Intan Diana Binti Jalil telah menghadiri Program Kenali Jiran Kita Peringkat Kebangsaan di PPR Kerinchi Pantai Dalam.




"Mesyuarat MBK TITIWANGSA dengan Majlis Belia wilayah persekutuan"
















Monday 25 March 2013

"Program Konvoi Bermotosikal Belia"










Tahniah Majlis Belia Kawasan Batu, Mbk Setiawangsa Kuala Lumpur, 4B Titwangsa & Majlis Belia Wilayah Persekutuan diatas kerjasama dan sokongan yang g diberi pada Program Konvoi Bermotosikal Belia yang diadakan pada tarikh 24/3/2013. Selain itu, aktiviti sukaneka dan tayangan umum semarak patritiotik "HATI MALAYA". Konvoi ini bermula dari MBK Batu ke MBK Titiwangsa dan berakhir di Majis Belia Wilayah Persekutuan.












"PRESIDEN MBWP SDRA Hamizi Bin Mat Juah"





Thursday 21 March 2013

"Program KESIHATAN DAN KEBAJIKAN SEMPENA LAHAD DATU"
















Pada 18 hingga 22 Mac 2013, Program Kesihatan dan Kebajikan Sempena Lahad Datu diadakan di Menara Mara KL di Jalan Raja Laut. Program tersebut dianjurkan oleh Orion Health Management dan kerjasama oleh Majlis Belia Malaysia. Pemeriksaan kesihatan adalah percuma tetapi hendaklah memberi sumbangan derma sebanyak RM20 sahaja untuk dimasukkan ke tabung Wira Bangsa Lahad Datu.

"Sertai Kami!!!"



Jom sertai Clash of The Cyber Gamerz!!! PENYERTAAN PERCUMA!!!
 Tarikh : 23 Mac 2013
Tempat : Internet Core, Sri Rampai Business Centre, Wangsa Maju
Masa : 3.00 petang
 Permainan : Heroes of The Newerth (HON)
Hadiah menarik menanti pemenang!!!
Hubungi 0173994956 untuk info lanjut
 Anjuran :
Biro Multimedia & Inovasi,
Majlis Belia Wilayah Persekutuan.




"Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Belia Kawasan Cheras Kali Ke-6"





Pada 19.03.2013 Majlis Belia Wilayah Persekutuan telah diundang untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Belia Kawasan Cheras Kali Ke-6.






Monday 18 March 2013

"Program Himpunan Rakyat 1 Malaysia"











Pada 17 Mac 2013, Himpunan Rakyat 1 Malaysia & Pelancaran Gelombang Biru Wilayah Persekutuan telah diadakan di Padang Bola Sepak Jalan Jujur, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada pukul 8 malam. Program tersebut dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Yg. Amat Berhormat Tan Sri Datuk Muhyiddin Yassin. Akhir sekali, beberapa artis turut datang untuk memeriahkan program tersebut.


"Bengkel Tranformasi"
















Pada 17 Mac 2013 (Ahad), Bengkel Transformasi Pegawai/Pemimpin Kadet St. John Ambulance telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Kampung Pandan, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Oleh itu, Majlis Belia Wilayah  Persekutuan telah mengucapkan tahniah kepada kepimpinan ST. John Ambulan Malaysia Wilayah Persekutuan diatas pelaksanaan bengkel tersebut. Akhir sekali, ucapan Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan Yg. Bhg. Saudara Hamizi Bin Mat Juah sebagai perasmian penutupan Bengkel Tranformasi Pegawai/Pemimpin Kadet.



"Bakal Beraksi"






Pada 23 Mac 2013, Majlis Belia Kawasan Batu dengan kerjasama Majlis Belia Wilayah Persekutuan bakal menganjurkan pertandingan cyber game pada pukul 10-12 pm di M Two Cyber Cafe yang berhampiran dengan BSN Sentul. Penyertaan ini hanya terbuka kepada 50 penyertaan terawal. Game yang dipertandingkan ialah...



 



Sunday 17 March 2013

"One Million Women Purple Walk"



 
Pada 17 Mac 2013, Majlis Belia WP telah menghantar 3 bas (120 orang) bagi program 1 million purple walk. Oleh itu, Usahanita Putrajaya mengucapkan terima kasih kepada badan gabungan yang telah telibat menghantar wakil peserta Majlis Belia Kawasan Batu & Mayc Wilayah Persekutuan. Akhir Sekali, Tahniah Presiden MBWP Yg. Bhg. Sdra Hamizi Bin Mat Juah di atas Komitmen. 





"I'M URBAN YOUTH"









Pada tarikh 17 Mac 2013 telah diadakan taklimat pemerhati tempatan pilihanraya umum ke-13 MBM. Taklimat tersebut di Kompleks Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan, Kampung Pandan, KL.





"Malam Santai"








 Pada 15.03.2013 MBWP telah mengadakan malam santai atau berkumpul bersama-sama exco-exco MBWP disamping mengeratkan hubungan diantara satu sama lain.