-L@Y@N-

Bunkface - Situasi

Powered by mediafiremp3.com

Wednesday 6 March 2013

"Kisah Hidup Setiausaha Agung MBWP Y. Bhg. Puan Intan Diana Binti Jalil"



         
                                          

Beliau berasal dari keluarga setinggan yang sederhana dan banyak berdikari didalam hidup bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Disamping sokongan dari pihak keluarga dan ibu bapa sebagai pendorong kejayaannya yang dikecapi masa kini. Seorang yang petah berbicara dan santunnya dalam memberi perbahasan dan sebagai pengerusi majlis, tidak sah jika tiada serangkap pantun dalam bicaranya. Sudah bergiat hampir 23 tahun dalam belia bermula ketika dibangku persekolahan pada umur 15 tahun. Pada awal penglibatannya, die bergerak bersama Belia Gerak Bakti , Sentul. Beliau ketika itu yang masih muda cuba menyahut segala peluang yang ada sebagai memperjuangkan belia. Dan ketika berusia 19 tahun, beliau mendirikan rumah tangga bersama salah seorang ahli belia. Beliau terus bergerak aktif bersama suaminya yang tercinta di dalam pergerakan belia. Beliau sehingga kini telah banyak menubuhkan persatuan belia dibawahnya sebagai badan pergerakan belia yang baru. Sumbangannya itu telah banyak membangunkan generasi belia ketika ini dengan menarik belia ke persatuan yang dibuatnya itu. Pada 2013 beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Agung MBWP menang tampa bertanding disamping menjadi Presiden MBK Batu yang juga persatuan lama beliau bergerak didalamnya. Harapan beliau supaya belia dan masyarakat muda masa kini memandang pergerakan belia sebagai satu aktiviti yang positif dan bersama-sama memberi sokongan dan menggerakkan generasi belia untuk terus maju.




No comments:

Post a Comment