-L@Y@N-

Bunkface - Situasi

Powered by mediafiremp3.com

Wednesday 13 March 2013

"Latar Belakang JASA"


JABATAN HAL EHWAL KHAS (JASA)

KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN




Jabatan ini telah ditubuhkan pada 11 Mei 1960 dengan nama Bahagian Hal Ehwal Khas (BHEK).Tujuan asal penubuhan BHEK adalah untuk memelihara dan mempertahankan kestabilan politik dan kerajaan Perikatan. Selain itu, memberi kesedaran dan kefahaman yang berkualiti, tepat dan jelas dalam aspek siasah dan agama. Kemudian, menyediakan laporan maklum balas dengan tepat, semasa dan sahih mengenai isu-isu siasah dan agama. Disamping itu, menyediakan bahan-bahan penerbitan dan multimedia yang bermaklumat semasa mengenai siasah dan agama. Menyedia dan memberi khidmat kepakaran komunikasi bersemuka kepada masyarakat. Akhir sekali, memberi khidmat sokongan yang berkualiti dalam aspek kewangan dan sumber manusia. Jabtan ini bertindak atas prinsip `Kebenaran Terserlah Negara Cemerlang` dalam melaksanakan tugas.

No comments:

Post a Comment