-L@Y@N-

Bunkface - Situasi

Powered by mediafiremp3.com

Monday 4 March 2013

"Latar Belakang MBWP"





Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) adalah sebuah pertubuhan sukarela, bukan kerajaan dan bergerak sebagai badan induk menyelaraskan semua pertubuhan belia di Wilayah Persekutuan. Langkah-langkah untuk menubuhkan sebuah Majlis Belia bagi peringkat Wilayah Persekutuan yang sah dan berdaftar telah dirancang sejak lama dahulu, tetapi atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan maka perlaksanaan penubuhannya selalu terganggu. Kewujudan Majlis Belia Wilayah Persekutuan (termasuk Wilayah Persekutuan Labuan) adalah penting, terutama di Kuala Lumpur yang menjadi nadi pentadbiran negara dan sebagai pusat kegiatan belia. Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Malaysia yang diadakan pada bukan April 1986 telah memutuskan memberi mandat kepada Exco MBM untuk meningkatkan dan meneruskan usaha ke arah usaha-usaha positif mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan mereka yang berkenaan. Hasil perbincangan tersebut, sebuah Jawatankuasa Penaja telah dibentuk dan diketuai oleh Naib Presiden MBM dan membuat draf Perlembagaan. Bagi memantapkan perlembagaan tersebut, satu Bengkel Perlembagaan telah diadakan pada bulan November 1986 yang dihadiri oleh wakil-wakil pertubuhan belia di Wilayah Persekutuan. Manakala Mesyuarat Penubuhan Majlis Belia Wilayah Persekutuan telah diadakan pada 14 Februari 1987 dan perasmiannya telah disempurnakan oleh YB Dato' Abu Hasan Omar, Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu bertempat di tingkat 30, Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

No comments:

Post a Comment