-L@Y@N-

Bunkface - Situasi

Powered by mediafiremp3.com

Wednesday 10 April 2013

"Kami Menyokong"






"Jabatan Belia dan Sukan Negara"



Pengenalan



Pn. Hjh. Hatipah Binti Ibrahim
Jabatan Belia Dan Sukan



    Kementerian Belia Dan Sukan telah di tubuhkan pada 3 Mei 1964 dan dikenali dengan nama Kementerian Kebudayaan, Belia Dan Sukan. berikutan dengan penubuhan Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Pelancongan pada 20 Mei 1987, fungsi kebudayaan telah diletakkan di bawah kementerian berkenaan.


Pada tahun 2000 Jabatan Belia Dan Sukan Negara telah ditubuhkan dengan diketuai oleh seorang Ketua Pengarah, tiga orang Timbalan Ketua Pengarah iaitu Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Belia, Pembangunan Sukan dan Pembangunan Rakan Muda. Manakala bahagian pengurusan & perkhidmatan sokongan diketuai oleh seorang pengarah dan diikuti oleh 15 orang pengarah di Jabatan Belia Dan Sukan Negeri dan 116 Pejabat Belia dan Sukan Daerah.


MISI & VISI JABATAN BELIA DAN SUKAN


        Misi

  • Membina belia yang berketerampilan dalam bidang kepimpinan, kemahiran, keusahawanan dan kesukarelaan.
  • Memupuk semangat patrotisme, perpaduan dan nilai-nilai murni melalui gaya hidup berkualiti
  • Membentuk generasi muda berwawasan
  • Menjana budaya sukan melalui penyertaan ramai ke arah masyarat aktif, cergas dan bersatu.

       Visi

  • Belia Berdaya Maju, Bersatu-padu, Mengamalkan Nilai-nilai Murni dan Masyarakat Berbudaya Sukan Menjelang 2020.


"Kementerian Belia dan Sukan Malaysia"


Sejarah Latar Belakang 




YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek
Menteri Belia Dan Sukan Malaysia


    Sejarah penubuhan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula pada tahun 1953 dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah diberi tanggungjawab mengenai belia. Seterusnya pada tahun 1964 Bahagian Kebudayaan ini telah dipindahkan di bawah Kementerian Penerangan. Dalam masa yang sama berikutan kegiatan belia secara berpersatuan yang semakin berkembang, maka bagi tujuan memupuk serta memantau perkembangan tersebut, Bahagian Belia telah ditubuhkan di bawah kementerian berkenaan. selain itu di bawah Kementerian Penerangan ini juga telah ditubuhkan Bahagian Sukan.


    Kementerian Belia dan Sukan hanya diwujudkan pada 15 Mei 1964 iaitu bersempena Hari Belia Negara pada tahun tersebut. Pada tahun 1972, Bahagian Kebudayaan telah diwujudkan dan dengan itu nama Kementerian Belia dan Sukan ini telah diubah kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sehingga tahun 1987 apabila Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Dengan perpindahan Bahagian Kebudayaan tersebut, nama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah kembali kepada nama asalnya iaitu Kementerian Belia dan Sukan, sehingga sekarang.


   
   Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diamanatkan untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan.



VISI & MISI KBS

        
       Visi
  • Peneraju dalam mengupayakan pembangunan belia dan sukan yang terbilang dan masyarakat berbudaya sukan menjelang tahun 2015.

        Misi

  • Membina bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatupadu melalui program pembangunan belia dan sukan yang strategik. 
 

"MAJLIS BELIA MALAYSIA"



Tuan  Maliki Mohamed Rapiee
Majlis Belia Malaysia



     Majlis Belia Malaysia (MBM) ialah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan dan bergerak sebagai badan induk yang menyelaraskan pertubuhan belia dan pelajar di negara ini. Penubuhan rasmi MBM adalah pada 9 September 1950 apabila Perlembagaan MBM diterima dan Sdr. F.C Arulanandum telah terpilih sebagai Presiden MBM yang pertama. MBM telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).


   MBM juga turut diiktiraf oleh kerajaan sebagai badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan seperti dinyatakan di bawah seksyen 49 (1) Akta 668 dan ianya ditubuhkan dengan tujuan untuk mengalakkan kemajuan belia yang seimbang di semua bidang ekonomi, sosial, mental, fizikal, akhlak dan politik. Di samping itu MBM juga bertujuan untuk memupuk perasaan kebangsaan dan semangat bekerja dengan penuh dedikasi untuk kepentingan masyarakat serta negara dan dengan itu melengkapkan diri mereka agar dapat hidup sebagai warga negara yang matang, kreatif, proaktif dan bertanggungjawab.







"Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah, Perak"



SEJARAH DAN LATAR BELAKANG


TUAN AHMAD YUSUP BIN CHE RUS
APBM Batu Gajah,Perak


   Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) telah melancarkan penubuhan Institut Usahawan Belia (IUB) di Pusat Latihan Belia Dusun Tua, Selangor pada 23 Mac 1979 dan pada tahun 1986 IUB telah dipindahkan ke Jalan Sturrock Ipoh dengan menyewa sebuah bangunan milik kerajaan Negeri Perak dan dikenali sebagai Institut Bina Usahawan (IBU). Pada tahun 1993 semua pusat latihan belia di bawah KBS telah dinaik taraf dan dikenali sebagai Institut Keusahawan Belia Negara (IKBN).


  Pada tahun 1996 tapak Institut Keusahawanan Belia Negara (IKBN), Ipoh telah diambil alih kerajaan negeri untuk projek pembangunan negeri. Oleh itu IKBN Ipoh telah diarah oleh KBS supaya berpindah ke Kompleks Belia dan Sukan negeri Perak. Pada awal tahun 2000 IKBN Ipoh telah ditukar nama kepada Institut Keusahawanan Belia (INSKEB).


 Dalam usaha mencapai matlamat wawasan Negara. KBS telah mencadangkan pembinaan sebuah kompleks di satu kawasan seluas 237 ekar di atas lot 30804, 51433 dan 57625, Mukim Belanja di Daerah Kinta, Perak. Projek yang bernilai RM47 juta ini telah bermula pada 23 Julai 2003 dan dijangka siap pada 22 Julai 2005.


  INSKEB telah disusun semula dan secara rasmi telah dinamakan sebagai Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) pada tahun 2006 oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB. Dato’ Azalina binti Dato’ Othman Said pada 17 Julai 2006. Pada Ogos 2006 APBM telah memulakan operasi di kompleks baru yanf terletak di Km. 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut, 31560 Siputeh, Perak dan dikenali sebagai Akademi Pembanguna Belia Malaysia, Batu Gajah.


VISI & MISI 


VISI

Menjadi  sebuah  agensi latihan keusahawanan belia yang cemerlang berasaskan pengetahuan pengurusan perniagaan yang bersistematik demi mewujudkan  usahawan belia cemerlang,cekap,mahir berilmu,berdaya saing dan berakhlak mulia.



MISI

Untuk memberi kesedaran  kepentingan menguasai ilmu keusahawanan pada golongan belia bagi mencapai hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi belia uahawan yang cemerlang.