Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM)
ialah sebuah pusat penyelidikan nasional, di bawah naungan Kementerian Belia
dan Sukan, yang menjalankan kajian terhadap pelbagai aspek pembangunan belia
dan kaitannya dengan perubahan yang berlaku diperingkat nasional, rantau dan
antarabangsa.
Untuk mencapai matlamatnya, IPPBM akan melaksanakan pelbagai
jenis program penyelidikan, menganjurkan persidangan, bengkel, syarahan dan
seminar; menerbitkan Jurnal dan Monograf mengenai hasil penyelidikan serta
mewujudkan program pendidikan dan latihan. Institut ini juga akan menyediakan
kemudahan penyelidikan yang pelbagai, termasuklah sebagai sebuah pusat sumber
dan data mengenai pembangunan belia.
IPPBM telah dilancarkan oleh Mantan Perdana Menteri Dato'
Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi pada 15 Mei 2005 bersempena dengan Hari Belia
Malaysia dan dikuatkuasakan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
2007.
No comments:
Post a Comment