Tuan
Maliki Mohamed Rapiee
Majlis Belia Malaysia
Majlis Belia Malaysia (MBM) ialah sebuah Pertubuhan Bukan
Kerajaan dan bergerak sebagai badan induk yang menyelaraskan pertubuhan belia
dan pelajar di negara ini. Penubuhan rasmi MBM adalah pada 9 September 1950
apabila Perlembagaan MBM diterima dan Sdr. F.C Arulanandum telah terpilih
sebagai Presiden MBM yang pertama. MBM telah didaftarkan di bawah Akta
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).
MBM juga turut diiktiraf oleh kerajaan sebagai badan induk
pertubuhan belia di peringkat kebangsaan seperti dinyatakan di bawah seksyen 49
(1) Akta 668 dan ianya ditubuhkan dengan tujuan untuk mengalakkan kemajuan
belia yang seimbang di semua bidang ekonomi, sosial, mental, fizikal, akhlak
dan politik. Di samping itu MBM juga bertujuan untuk memupuk perasaan
kebangsaan dan semangat bekerja dengan penuh dedikasi untuk kepentingan
masyarakat serta negara dan dengan itu melengkapkan diri mereka agar dapat
hidup sebagai warga negara yang matang, kreatif, proaktif dan bertanggungjawab.
No comments:
Post a Comment