-L@Y@N-

Bunkface - Situasi

Powered by mediafiremp3.com

Wednesday, 10 April 2013

"Kami Menyokong"






"Jabatan Belia dan Sukan Negara"



Pengenalan



Pn. Hjh. Hatipah Binti Ibrahim
Jabatan Belia Dan Sukan



    Kementerian Belia Dan Sukan telah di tubuhkan pada 3 Mei 1964 dan dikenali dengan nama Kementerian Kebudayaan, Belia Dan Sukan. berikutan dengan penubuhan Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Pelancongan pada 20 Mei 1987, fungsi kebudayaan telah diletakkan di bawah kementerian berkenaan.


Pada tahun 2000 Jabatan Belia Dan Sukan Negara telah ditubuhkan dengan diketuai oleh seorang Ketua Pengarah, tiga orang Timbalan Ketua Pengarah iaitu Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Belia, Pembangunan Sukan dan Pembangunan Rakan Muda. Manakala bahagian pengurusan & perkhidmatan sokongan diketuai oleh seorang pengarah dan diikuti oleh 15 orang pengarah di Jabatan Belia Dan Sukan Negeri dan 116 Pejabat Belia dan Sukan Daerah.


MISI & VISI JABATAN BELIA DAN SUKAN


        Misi

  • Membina belia yang berketerampilan dalam bidang kepimpinan, kemahiran, keusahawanan dan kesukarelaan.
  • Memupuk semangat patrotisme, perpaduan dan nilai-nilai murni melalui gaya hidup berkualiti
  • Membentuk generasi muda berwawasan
  • Menjana budaya sukan melalui penyertaan ramai ke arah masyarat aktif, cergas dan bersatu.

       Visi

  • Belia Berdaya Maju, Bersatu-padu, Mengamalkan Nilai-nilai Murni dan Masyarakat Berbudaya Sukan Menjelang 2020.


"Kementerian Belia dan Sukan Malaysia"


Sejarah Latar Belakang 




YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek
Menteri Belia Dan Sukan Malaysia


    Sejarah penubuhan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula pada tahun 1953 dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah diberi tanggungjawab mengenai belia. Seterusnya pada tahun 1964 Bahagian Kebudayaan ini telah dipindahkan di bawah Kementerian Penerangan. Dalam masa yang sama berikutan kegiatan belia secara berpersatuan yang semakin berkembang, maka bagi tujuan memupuk serta memantau perkembangan tersebut, Bahagian Belia telah ditubuhkan di bawah kementerian berkenaan. selain itu di bawah Kementerian Penerangan ini juga telah ditubuhkan Bahagian Sukan.


    Kementerian Belia dan Sukan hanya diwujudkan pada 15 Mei 1964 iaitu bersempena Hari Belia Negara pada tahun tersebut. Pada tahun 1972, Bahagian Kebudayaan telah diwujudkan dan dengan itu nama Kementerian Belia dan Sukan ini telah diubah kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sehingga tahun 1987 apabila Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Dengan perpindahan Bahagian Kebudayaan tersebut, nama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah kembali kepada nama asalnya iaitu Kementerian Belia dan Sukan, sehingga sekarang.


   
   Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diamanatkan untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan.



VISI & MISI KBS

        
       Visi
  • Peneraju dalam mengupayakan pembangunan belia dan sukan yang terbilang dan masyarakat berbudaya sukan menjelang tahun 2015.

        Misi

  • Membina bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatupadu melalui program pembangunan belia dan sukan yang strategik. 
 

"MAJLIS BELIA MALAYSIA"



Tuan  Maliki Mohamed Rapiee
Majlis Belia Malaysia



     Majlis Belia Malaysia (MBM) ialah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan dan bergerak sebagai badan induk yang menyelaraskan pertubuhan belia dan pelajar di negara ini. Penubuhan rasmi MBM adalah pada 9 September 1950 apabila Perlembagaan MBM diterima dan Sdr. F.C Arulanandum telah terpilih sebagai Presiden MBM yang pertama. MBM telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).


   MBM juga turut diiktiraf oleh kerajaan sebagai badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan seperti dinyatakan di bawah seksyen 49 (1) Akta 668 dan ianya ditubuhkan dengan tujuan untuk mengalakkan kemajuan belia yang seimbang di semua bidang ekonomi, sosial, mental, fizikal, akhlak dan politik. Di samping itu MBM juga bertujuan untuk memupuk perasaan kebangsaan dan semangat bekerja dengan penuh dedikasi untuk kepentingan masyarakat serta negara dan dengan itu melengkapkan diri mereka agar dapat hidup sebagai warga negara yang matang, kreatif, proaktif dan bertanggungjawab.







"Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah, Perak"



SEJARAH DAN LATAR BELAKANG


TUAN AHMAD YUSUP BIN CHE RUS
APBM Batu Gajah,Perak


   Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) telah melancarkan penubuhan Institut Usahawan Belia (IUB) di Pusat Latihan Belia Dusun Tua, Selangor pada 23 Mac 1979 dan pada tahun 1986 IUB telah dipindahkan ke Jalan Sturrock Ipoh dengan menyewa sebuah bangunan milik kerajaan Negeri Perak dan dikenali sebagai Institut Bina Usahawan (IBU). Pada tahun 1993 semua pusat latihan belia di bawah KBS telah dinaik taraf dan dikenali sebagai Institut Keusahawan Belia Negara (IKBN).


  Pada tahun 1996 tapak Institut Keusahawanan Belia Negara (IKBN), Ipoh telah diambil alih kerajaan negeri untuk projek pembangunan negeri. Oleh itu IKBN Ipoh telah diarah oleh KBS supaya berpindah ke Kompleks Belia dan Sukan negeri Perak. Pada awal tahun 2000 IKBN Ipoh telah ditukar nama kepada Institut Keusahawanan Belia (INSKEB).


 Dalam usaha mencapai matlamat wawasan Negara. KBS telah mencadangkan pembinaan sebuah kompleks di satu kawasan seluas 237 ekar di atas lot 30804, 51433 dan 57625, Mukim Belanja di Daerah Kinta, Perak. Projek yang bernilai RM47 juta ini telah bermula pada 23 Julai 2003 dan dijangka siap pada 22 Julai 2005.


  INSKEB telah disusun semula dan secara rasmi telah dinamakan sebagai Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) pada tahun 2006 oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB. Dato’ Azalina binti Dato’ Othman Said pada 17 Julai 2006. Pada Ogos 2006 APBM telah memulakan operasi di kompleks baru yanf terletak di Km. 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut, 31560 Siputeh, Perak dan dikenali sebagai Akademi Pembanguna Belia Malaysia, Batu Gajah.


VISI & MISI 


VISI

Menjadi  sebuah  agensi latihan keusahawanan belia yang cemerlang berasaskan pengetahuan pengurusan perniagaan yang bersistematik demi mewujudkan  usahawan belia cemerlang,cekap,mahir berilmu,berdaya saing dan berakhlak mulia.



MISI

Untuk memberi kesedaran  kepentingan menguasai ilmu keusahawanan pada golongan belia bagi mencapai hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi belia uahawan yang cemerlang.






"Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson, Negeri Sembilan"



Latar Belakang Agensi






     APBM terletak di Lot No. 4624, Mukim Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan iaitu kira-kira 28 km arah selatan Port Dickson. APBM ini meliputi keluasan hampir 20 ekar (8.094 hektar atau 80,332 meter persegi).


     Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) yang diasaskan pada tahun 1993 awalnya dikenali sebagai Kem Belia Waja kerana konsep asal kemudahan yang disediakan lebih berbentuk bangunan ala tentera dan kawasan persekitaran yang sesuai dengan keadaan sebuah kem. Dalam tahun 1995 kem ini telah bertukar nama kepada Institut Kepimpinan Belia Negara (IKBN) Port Dickson. Ini adalah untuk membuka peluang latihan kepimpinan kepada belia dalam bentuk kursus-kursus yang berorientasikan kefahaman mental, spiritual dan fizikal. Ia dibina diatas sebidang tanah seluas 25 ekar dikawasan tepi pantai hutan simpan Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan dengan kos sebanyak RM4,636,467.86.


      Ia kemudian ditukar nama kepada Institut Latihan Kepimpinan Belia (ILKEB) dan telah dirasmikan oleh Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada 6 Jun 1997. Cadangan penubuhan Pusat Latihan ini telah dikemukakan oleh peserta Khemah Kerja Belia Islam Asia Pasifik kepada Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia ketika itu dan kemudiannya merestui penubuhannya.  Selepas itu usaha-usaha telah dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi memohon dan memperolehi kawasan dari Kerajaan Negeri Sembilan.

     Institut ini kemudiannya telah dinaik taraf kepada Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM). Pelancaran APBM telah dilaksanakan oleh YB. Dato’ Azalina Dato’ Haji Othman Said, Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada 23 Jun 2006 dengan skop dan peranannya lebih luas selaras dengan matlamat kerajaan ke arah melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Fungsi APBM begitu penting ke arah memantapkan bidang kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan di kalangan belia Malaysia. Ini dapat direalisasikan melalui berbagai program pembangunan belia terutama sekali program-program kepimpinan yang dilaksanakan oleh Akademi dari semasa ke semasa. Aspirasi ini secara langsung mendukung matlamat kerajaan ke arah pengukuhan sumber manusia, pembentukan pemimpin-pemimpin pelapis serta penglibatan generasi muda selaku penggerak masyarakat dan agen pemangkin Wawasan 2020. Kini APBM Port Dickson bergerak seiring dengan peredaran masa untuk menjana pemimpin belia pada masa hadapan.



Visi & Misi APBM 


         Visi
  1. Membangun serta memperkasakan pemimpin dan tenaga kerja belia supaya  mereka memiliki jati diri yang mapan, berkesan lagi efisien dalam organisasi dan kepimpinan.
  2. Melahirkan pemimpin dan tenaga kerja belia yang berdaya saing, bersemangat    patriotik serta berkaliber dalam memacu kemajuan masyarakat dan merealisasikan visi negara.

         Misi 

  1. Melatih kalangan belia, pemimpin belia dan tenaga kerja belia dalam bidang kepimpinan dan pengurusan, perancangan, perhubungan awam serta motivasi.
  2. Membuat anjakan paradigma, pemikiran juga perilaku para belia, pemimpin belia dan warga kerja belia supaya lebih dinamik, proaktif dan kreatif dalam menangani cabaran kepimpinan mahupun kehidupan seharian.
  3. Menyumbang khidmat nasihat, sokongan dan rangsangan secara menyeluruh berkaitan penglibatan masyarakat di dalam berpersatuan.
  4. Memberi pendedahan dan bimbingan susulan kepada golongan belia, peneraju belia juga pekerja belia yang berpotensi serta berwibawa demi merangsang komitmen, dedikasi dan kesungguhan mereka dalam kegiatan kemasyarakatan mahupun pembangunan generasi muda.





"Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia"






  Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) ialah sebuah pusat penyelidikan nasional, di bawah naungan Kementerian Belia dan Sukan, yang menjalankan kajian terhadap pelbagai aspek pembangunan belia dan kaitannya dengan perubahan yang berlaku diperingkat nasional, rantau dan antarabangsa.
    
 Untuk mencapai matlamatnya, IPPBM akan melaksanakan pelbagai jenis program penyelidikan, menganjurkan persidangan, bengkel, syarahan dan seminar; menerbitkan Jurnal dan Monograf mengenai hasil penyelidikan serta mewujudkan program pendidikan dan latihan. Institut ini juga akan menyediakan kemudahan penyelidikan yang pelbagai, termasuklah sebagai sebuah pusat sumber dan data mengenai pembangunan belia.
   
  IPPBM telah dilancarkan oleh Mantan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi pada 15 Mei 2005 bersempena dengan Hari Belia Malaysia dan dikuatkuasakan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.



"Pusat Belia Antarabangsa"


Pengenalan 




Pusat Belia Antarabangsa ditubuhkan oleh kerajaan dan telah disahkan oleh kabinet pada 6 Februari 1985. Kemudian, pusat tersebut telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yg keempat YAB Tun Dr. Mahathir Bin Mohammad. Pada masa itu, Menteri Belia dan Sukan ialah YAB Dato Sri Haji Mohd Najib Bin Tuan Haji Abdul Razak yang menyandang Perdana Menteri Malaysia pada masa sekarang. Kemudian, Pusat Belia Antarabangsa ini dibina di atas tanah seluas 4 ekar yang terletak di Jalan Jaacob Latiff, Bandar Tun Razak Cheras, Kuala Lumpur. Pusat Belia Antarabangsa juga, terletak bertentangan dengan Hospital Kuala Lumpur dan sejauh 8 kilometer dari pusat bandar kuala lumpur. Pusat Belia Antarabangsa juga berhampiran dengan beberapa pusat sukan dan rekreasi seperti Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Pusat Akuatik Kuala Lumpur, Komple Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Velodrome dan Tasik Permaisuri Garden. Akhir sekali, Pusat Belia Antarabangsa berdekatan dengan sistem pengangkutan iaitu Stesen Lrt Bandar Tun Razak Cheras, Kuala Lumpur.



"Festival Belia 2013"



Mod Nadzri Yaacob (empat dari kanan) bersama kakitangan Sektretariat Hari Belia 2013 bergambar bersama iklan bunting Festival Belia Putrajaya 2013 di Putrajaya semalam.


FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013 BERMULA 23 HINGGA 26 MEI



PUTRAJAYA 16 Okt. - Festival Belia Putrajaya 2013 yang dijenamakan semula daripada Himpunan Jutaan Belia bakal berlangsung selama empat hari tiga malam bermula dari 23 hingga 26 Mei tahun depan.
                                                  

Ketua Sekretariat Hari Belia Negara 2012, Mod Nadzri Yaacob berkata, festival yang menjadi kemuncak sambutan Hari Belia Negara 2013 itu berkonsepkan pembangunan potensi diri, melestari kreativiti dan inovatif, memartabat perpaduan serta jati diri.

Beliau berkata, festival yang akan diisi dengan 30 segmen dan 500 acara itu memberi fokus kepada aktiviti pendidikan, kerohanian, kemahiran, kesenian, bakat, interaksi dan sukarelawan.

"Lokasi kesemua acara ini akan diadakan di sepanjang lima kilometer di Persiaran Perdana dari Presint 6, 18, dan 20.

"Festival ini bertujuan memberikan peluang dan ruang kepada anak-anak muda untuk berekspresi dan menguji kebolehan diri bersaing di pentas yang terbuka serta mencabar," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Festival Hari Belia Putrajaya 2013 di sini hari ini.
Himpunan di Putrajaya anjuran Kementerian Belia dan Sukan itu telah bermula sejak 2010 dengan mencatat kehadiran lebih 200,000 pengunjung sebelum berjaya menarik kehadiran lebih sejuta belia pada tahun lepas.

Bagaimanapun, penganjuran pada tahun ini telah memecahkan rekod terdahulu apabila seramai 2.4 juta belia menghadiri karnival selama lima hari itu.


Mod Nadzri berkata, festival itu bersandarkan kepada konsep ruang untuk golongan belia menunjukkan bakat, pasaran belia itu sendiri, penampilan sesuatu yang baru dan semangat patriotik kepada negara.

Festival Belia Putrajaya 2013 menonjolkan sekurang-kurangnya empat acara yang akan mencapai tahap ikonik.
"Antaranya ialah pelancaran festival oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 25 Mei pada pukul 5 petang, Perarakan Mega Belia, acara-acara antarabangsa (melibatkan ASEAN+3), dan Feista Muzik Dunia," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya turut menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk memastikan festival tersebut berjalan lancar.

"Ini melibatkan soal penambahbaikan, pendekatan terbaharu dan soal keselamatan selama penganjuran itu berlangsung," katanya.

Beliau menambah, perubahan lokasi untuk beberapa aktiviti juga akan dilakukan pada tahun depan bagi memberi keselesaan kepada pengunjung.


Sementara itu, beliau berkata, pelancaran Hari Belia Negara 2013 yang diadakan pada 15 Mei setiap tahun diadakan secara serentak di peringkat kebangsaan dan negeri di seluruh negara

"Perhimpunan Hari Belia Negara Peringkat WP 2012"





Pada 19 Mei 2012 hari sabtu, Perhimpunan Hari Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan  telah diadakan di Wangsa Mall, Wangsa Maju. Perhimpunan ini telah dirasmikan oleh YB. Dato'Raja Nong Chik Bin Dato'Raja Zainal Abidin Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Tujuan perhimpunan tersebut diadakan untuk mengiktiraf dan menghargai peranan dan sumbangan warga belia di seluruh negara terutama di wilayah persekutuan.

 

'Pengenalan INTAN (Institut Tadbiran Awam Negara)"







Sejarah penubuhan INTAN


   Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) adalah sebuah pusat latihan yang terletak di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia. Ia bermula di sebuah bangunan kecil di Port Dickson pada bulan September 1959 yang ketika itu dikenali sebagai Pusat Latihan Kakitangan. Pusat ini memberikan kursus kepada pegawai-pegawai berkaitan pentadbiran tanah, pentadbiran kewangan, pengurusan pejabat dan pentadbiran kerajaan tempatan.

  
 Hasrat untuk menyediakan latihan lebih formal kepada pegawai-pegawai kerajaan telah menyebabkan wujudnya Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di Jalan Elmu, Kuala Lumpur pada bulan Jun 1972.

  Perkembangan pesat latihan oleh INTAN dalam tahun 1980-an juga telah menyaksikan tertubuhnya beberapa kampus cawangan pada tahun 1983. Ini termasuklah Kampus Wilayah Utara (INTURA) di Sungai Petani, Kedah; Kampus Wilayah Timur (INTIM) di Kemaman, Terengganu dan Kampus Wilayah Selatan (IKWAS) di Kluang, Johor.


  Pada tahun 1984, Kampus Utama INTAN yang terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur telah dibuka dengan rasminya manakala INTAN di Jalan Elmu kemudian dijadikan Kampus Wilayah Tengah (INTENGAH) pada tahun 1998.


  Permintaan terhadap program latihan INTAN yang semakin bertambah kemudian telah mewujudkan penubuhan dua lagi kampus cawangan. Kampus Sarawak di Kuching, Sarawak telah diwujudkan pada tahun 1999 manakala Kampus Sabah dibuka pada tahun 2001.



VISI & MISI Intan
(Institut Tadbiran Awam Negara)





"Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jabatan Perkhdimatan Awam Malaysia"





Yg. Bhg. Dato' Dr. Halim Man





"Pengurusan Projek"

1.  MAKSUD PENGURUSAN PROJEK


          Mula-mula sekali biar saya terangkan maksud projek terlebih dahulu. Projek didefinisikan sebagai suatu  rancangan yang diurus atau ditadbir yang melibatkan manusia,bahan dan sumber kewangan bagi memikul atau bertanggungjawab melaksanakan speksifikasi serta skop kerja dalam lingkungan kekangan masa serta kos bagi mencapai suatu perubahan menguntungkan yang dinilai melalui kuantiti dan kualiti. Projek adalah gabungan diantara pengurusan dan bahan-bahan. Projek wujud dengan permulaan dan mempunyai matlamat,memerlukan bahan-bahan,pengurusan dan berhubungkait antara satu sama lain.

         Kemudian,pengurusan projek adalah didefinisikan sebagai gabungan diantara peralatan,manusia,bahan,sumber dengan teknik kemahiran saperti penggunaan PERT,carta GANNT dan lain-lain teknik pengurusan serta kaedah pengawalan pengurusan.

         Selain itu, sistem maklumat pula mengikut Zwass (1998) “An information system is an organized set of components for collecting,transmitting,storing and processing data in order todeliver information for action”.

         Akhir sekali, pengurusan sistem maklumat adalah menguruskan semua yang berkaitan dengan teknologi maklumat seperti operasi, teknologi, bahan, projek, data, sumber, tenaga manusia dan lain-lain yang berkaitan.
    

2.  FAKTOR KEJAYAAN PENGURUS PROJEK


2.1    Pengetahuan asas yang perlu dimiliki

Organisasi mempunyai banyak pilihan untuk menggunakan metodologi dalam melaksanakan pengurusan projek. Banyak terdapat penggunaan metodologi yang digunakan tidak tepat,menyeleweng dan tidak mengambilkira kehendak metodologi itu sendiri dan tidak kurang pula yang memusnahkan metodologi itu sendiri. Dalam hal ini kejayaan projek berkenaan banyak bergantung kepada pengurus projek dalam merancang,memilih,menyelenggara metodologi dan mengambil faktor-faktor dalam pengurusan risiko. Oleh yang demikian aspek yang perlu dilihat berkait dengan pengurus projek adalah saperti  persediaan menjadi pemimpin atau pengurus projek,pengetahuan asas yang perlu dimiliki,bagaimana untuk mengurus dan lain-lain faktor yang mempunyai hubungkait dengan pengurusan saperti persekitaran,hubungan kemanusiaan, kecekapan,keberkesanan dan lain-lain. Dalam kesempatan yang terhad ini perbincangan akan difokuskan kepada persediaan untuk menjadi pengurus projek,pengetahuan asas yang diperlukan oleh seseorang pengurus projek dan cara pengurus mengurus.

Di antara sebahagian daripada pengetahuan asas yang perlu dimiliki oleh seseorang pengurus bagi menentukan kejayaan dalam perbincangan ini dibahagikan kepada tiga peringkat pertama atau asas, pertengahan dan tertinggi. Peringkat asas adalah berkaitan mentadbir dan membuat pemilihan dan menggunakan teknik atau alatan pengurusan.  Peringkat pertengahan pula ialah membuat laporan, pemantauan projek, pengumpulan, perkongsian dan menggunakan data sementara peringkat tertinggi pula ialah berkaitan dengan mengawal perbelanjaan, berurusan dengan pelanggan, mendalami dan menggunakan sepenuhnya pengetahuan dan kemahiran dalam perundingan.


2.2   Peringkat pertama


2.3   Memahami Objektif Organisasi/Projek


Perkara pokok yang perlu diketahui oleh pengurus projek ialah objektif organisasi dan projek itu sendiri. Kegagalan memahami dan mengenalpasti objektif  adalah diantara punca utama kegagalan sesuatu projek. Ianya diibaratkan seorang kapten kapal yang mahir mengendalikan kapal tetapi tidak mengetahui ke mana arah tujuan yang hendak dituju.Akibatnya kalau berjalan pun tanpa halatuju yang mana lebih baik daripada berlabuh sahaja tidak merugikan tenaga,perbelanjaan dan masa.


2.4   Membuat Perancangan


Membuat perancangan adalah sesuatu kemistian terutama dalam pengurusan projek  sistem maklumat  bagi memastikan supaya segala masalah yang akan timbul berkaitan dapat diminimumkan dan diatasi. Kepentingan perancangan disebut oleh Steven Alter (1998) “A project palan is especially important in IS project because unanticipated technical an organization problem often arise. At minimum , having  a plan helps the impact in indentifing suprises dan evaluatingtheri impact”.




Proses bagi pengurusan project




Kaedah bagi pengurusan projek
















"Apa itu SOP? (Standard Operating Procedure)"



Kita mungkin sudah tidak asing dengan istilah Standard Operating Procedure (SOP). Bagi dunia kerja, Standard Operating Procedure (SOP) adalah petunjuk bagi pegawai untuk melaksanakan pekerjaan sesuatu dengan standar yang telah ditetapkan. Bagi akademik, Standard Operating Procedure (SOP) adalah merupakan salah satu baru yang diberikan kepada mahasiswa untuk dipelajari. Lalu timbul suatu pertanyaan.
Apa definisi Standard Operating Procedure (SOP) itu dan apa fungsi Standard Operating Procedure (SOP) itu?
Berikut ini beberapa definisi tentang Standard Operating Procedure , iaitu:

(1) SOP adalah serangkaian instruksi yang menggambarkan pendokumentasian dari kegiatan yang dilakukan secara berulang pada sebuah organisasi (EPA, 2001)
(2) SOP adalah suatu panduan yang menjelaskan secara terperinci bagaimana suatu proses harus dilaksanakan (FEMA, 1999).
(3) SOP adalah serangkaian instruksi yang digunakan untuk memecahkan suatu masalah (Lingappan, 2000).
(4) SOP adalah sebuah panduan yang dikemukakan secara jelas tentang apa yang diharapkan dan disyaratkan dari semua majikan dalam menjalankan kegiatan sehari-hari (“Developing standard operating procedures in Wildland Fire Management”, 2003). Fungsi dari “standard operating procedure” adalah untuk mendefinisikan semua konsep dan teknik yang penting serta persyaratan yang dibutuhkan, yang ada dalam setiap kegiatan yang dituangkan ke dalam suatu bentuk yang langsung dapat digunakan oleh majikan dalam pelaksanaan kegiatan seharian berkerja.


Sedangkan tujuan dari standard operating procedure adalah:

(1). Agar mengetahui dengan jelas peranan dan fungsi tiap-tiap posisi dalam organisasi.
(2) Agar petugas menjaga konsistensi dan tingkah laku pekerja atau pengendali dalam organisasi atau unit.
(3) Melindungi organisasi dan pekerja dari malapetaka atau kegagalan bagi .
(4) Untuk menghindari kegagalan/kesalahan, keraguan, duplikasi dan inefisiensi.
(5) Memperjelaskan pembahagian tugas, dan tanggungjawab melalui saluran yang betul.

Antara contoh formula untuk pengendalian SOP:



SOP (standard operating procedure) pengendalian website





SOP (standard operating procedure) untuk cara pemberian makan kepada kuda





Sunday, 7 April 2013

"Persidangan majlis perundingan belia kawasan Bandar Tun Razak 2013"









"Majis Perundingan"















Pada 6/4/2013, satu Majlis Perundingan Belia Kawasan Cheras dengan melibatkan Majlis Belia Wilayah Persekutuan telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Kampung Pandan.

"Mesyuarat Exco"








Pada 5/4/2013, satu mesyuarat Majlis Belia Wilayah Persekutuan kali kedua telah diadakan di Hotel Brisdale Chow Kit Kuala Lumpur.

Monday, 1 April 2013

"Majlis Perundingan"











Majlis Perundingan Kawasan Batu telah diadakan di Brisdale Hotel Kuala Lumpur pada 31Mac 2013. Selain itu, Majlis ini dihadiri oleh Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan, Yg. Bhg. Sdra. Hamizi Bin Mat Juah.
 



"Himpunan barisan 1Malaysia"






Himpunan Barisan Gagasan 1 Malaysia yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Himpunan ini dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia.



"SUKARELAWAN BUKAN PILIHAN, IA SATU TANGGUNGJAWAB"





Alhamdulillah. Berkesinambungan dari Eksplorasi Belia 2013 & Gerak Sukarelawan, kini kami telah ke lapangan untuk menabur bakti khidmat secara PERCUMA kepada masyarakat. Belia hari ini perlu lebih memahami erti sebenar semangat kesukarelawan dan tanggungjawab kepada diri, keluarga dan negara. Terima kasih atas kehadiran Tuan Hamizi Bin Mat Juah Presiden MBWP dan Puan Intan Diana SUA MBWP dan barisan kepimpinannya atas kesudian hadir memberi suntikan semangat sukarelawan unggul.



"gambar kenangan"






Gambar kenangan Ahli Majlis Perundingan Belia Kawasan Titiwangsa di Dewan Titiwangsa , Kompleks Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan.